Yurisdiksi Mahkamah Syariah

Yurisdiksi Mahkamah Syariah menentukan mahkamah negeri mana yang berkuasa mendengar dan memutuskan kes anda, biasanya berdasarkan tempat mastautin atau tempat perkahwinan didaftarkan.

Ini penting kerana Mahkamah Syariah diuruskan di peringkat negeri, bukan sebagai satu sistem persekutuan tunggal.

Dalam kes sebenar, isu yurisdiksi sering timbul bila pasangan tinggal di negeri berbeza daripada tempat nikah didaftarkan, atau bila salah satu pihak berpindah selepas berkahwin.

Kes yang melibatkan perkahwinan atau perceraian luar negara turut memerlukan penentuan yurisdiksi yang betul sebelum ia boleh didaftar di Malaysia.

Untuk contoh isu ini, lihat cerai luar negara.