Glosari

Prosiding Mal

Prosiding mal ialah kes sivil di Mahkamah Syariah, termasuk perceraian, nafkah, penjagaan anak dan harta sepencarian.

Ia berbeza daripada prosiding jenayah syariah, yang melibatkan kesalahan seperti tidak mendaftar cerai di luar mahkamah dalam tempoh yang ditetapkan.

Kebanyakan tuntutan seperti fasakh, tunggakan nafkah dan hadhanah ialah prosiding mal. Mahkamah memutuskannya mengikut imbangan kebarangkalian, iaitu pihak yang bukti dan keterangannya lebih meyakinkan.

Proses dan borang berbeza sedikit mengikut negeri. Contoh prosiding mal ada dalam cerai fasakh.