Pengesahan Lafaz Cerai: daftar talaq di luar mahkamah

Pengesahan lafaz cerai ialah proses membawa talaq yang dilafazkan di luar mahkamah, contohnya di rumah semasa pertengkaran, untuk disahkan secara rasmi oleh Mahkamah Syariah. Talaq itu perlu dilaporkan dalam tempoh tujuh hari.[1]

Ramai pasangan tidak sedar bahawa lafaz cerai secara lisan, atau melalui WhatsApp dan mesej, masih memerlukan pengesahan mahkamah untuk diiktiraf sah dari segi rekod. Tanpa pengesahan, status perkahwinan kekal kabur dan boleh menimbulkan masalah kemudian.

Kelewatan melaporkan boleh membawa denda atau tindakan undang-undang terhadap suami. Segera dapatkan nasihat jika lafaz sudah berlaku tetapi belum dilaporkan.

Untuk langkah penuh proses ini, baca pengesahan lafaz cerai, atau cerai talaq untuk talaq yang dilafazkan di mahkamah.