Mut'ah (pemberian saguhati bila cerai tanpa sebab wajar)

Mut’ah ialah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri apabila perceraian berlaku tanpa sebab yang wajar daripada pihak isteri. Ia bukan nafkah, tetapi bentuk pampasan atas perceraian itu sendiri.

Contoh biasa: isteri yang dicerai talak tanpa melakukan kesalahan apa-apa, misalnya suami bosan atau berkahwin lain, boleh menuntut mut’ah semasa atau selepas kes cerai.

Jumlahnya tiada formula tetap; mahkamah menilai mengikut tempoh perkahwinan, taraf hidup dan keadaan kes.

Baca tuntutan mut’ah atau bezakan dengan nafkah iddah.