Perintah Tegahan Gangguan
Perintah tegahan gangguan ialah arahan mahkamah yang menghalang seseorang, biasanya suami, daripada mengganggu, menghubungi atau mendekati isteri semasa proses cerai berjalan.
Ia sering dipohon bersama tuntutan fasakh atas alasan kekejaman, atau apabila isteri berasa terancam sepanjang prosiding berjalan.
Dalam kes sebenar, permohonan ini biasanya disertakan bukti seperti laporan polis atau mesej ugutan, supaya mahkamah nampak keperluan sebenar untuk perintah itu.
Prosedur memohon boleh berbeza sedikit mengikut mahkamah negeri anda.
Jika keselamatan anda terancam, hubungi Talian Kasih di 15999 untuk bantuan segera. Untuk latar mengenai alasan kekejaman, lihat cerai fasakh.